Thursday, 11 February 2010

Mini Maha 2009,Changlun,Kedah


Gambar di sebelah kiri ini diambil semasa di Pameran Mini Maha,Kubang Pasu,Changlun,Kedah.

Pertanian Menjana Ekonomi Negara

Selamat datang ke Laman blog SKM Akuakultur,Kg.Pulau Sayak,Kota Kuala Muda,Kedah.
Blog ini diwujudkan untuk memberi info-info terkini berkaitan industri akuakultur serta persijilan kemahiran yang dijalankan oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan.


JANGAN LUPA MELAWAT KE LAMAN SESAWANG RASMI PELATIH SKM AKUAKULTUR DI http://skmakuakultur.webs.com


PENGENALAN

Sejajar dengan hasrat negara untuk menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu sumber pendapatan negara,kerajaan melalui Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani telah menubuhkan Kolej Pertanian Malaysia.Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan(PLKPK) telah diperkenalkan untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi yang sangat diperlukan dalam bidang pertanian.

Persijilan Kemahiran Malaysia

Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) telah ditubuhkan bagi merancang, menyedia, menyelaras dan menilai perlaksanaan PLKPK. Selain penubuhan NATC, kerajaan juga menubuhkan Kolej Pertanian Malaysia (KPM). Di akhir program latihan, pelatih yang berjaya di Kolej ini dan institusi latihan pertanian yang ditauliah akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) yang dulunya dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) Tahap 1, 2 dan 3. Tahap 4 akan dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) manakala Tahap 5 akan dianugerahkan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) oleh JPK mengikut kursus yang dijalani.

Kerajaan berhasrat untuk menjadikan lepasan persijilan kemahiran ini sebagai usahawan tani. Walaubagaimanapun lulusan program latihan ini boleh memohon bekerja disektor swasta yang berkaitan.

Dalam sistem latihan kemahiran di Malaysia, seseorang pelatih boleh menyambung latihan ke peringkat yang lebih tinggi setelah mendapat sijil pada tahap sebelumnya di samping mempunyai kelayakan akademik di peringkat PMR atau SPM.

Bidang latihan yang ditawarkan merangkumi tanaman (sayuran dan buah-buahan), ternakan (ruminan dan poltri), perikanan (akuakultur dan perikanan tangkapan), pemprosesan makanan dan pengedaran makanan (pemasaran). Latihan juga akan diadakan di tempat-tempat terpilih bagi sesuatu pengkhususan bidang latihan.